TEKS BAHASA ARAB
الرحم ينادي يوم القيامة : أن من وصلني وصله الله ومن قطعني قطعه الله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Al-Rahm (hubungan kekeluargaan) akan menyeru pada hari kiamat: Sesungguhnya mereka yang menghubungkan aku, Allah SWT akan menghubungkan dirinya (dengan Allah) dan sesiapa yang memutuskan aku, maka Allah SWT akan memutuskan dirinya (dengan Allah).
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 128, hadis nombor 650. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا اللفظ) عن عبد الرحمن بن عوف رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الرَّحِمُ يُنَادِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ: أَنَّ مَنْ وَصَلَنِي وَصَلَهُ اللَّهُ وَمَنْ قَطَعَنِي قَطَعَهُ اللَّهُ. [البزار، الضعيفة (6480)]
(Munkar dengan lafaz Ini) Daripada ‘Abd al-Raḥmān ibn ‘Awf RA telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Al-Rahm (hubungan kekeluargaan) akan menyeru pada hari kiamat: Sesungguhnya mereka yang menghubungkan aku, Allah SWT akan menghubungkan dirinya (dengan Allah) dan sesiapa yang memutuskan aku, maka Allah SWT akan memutuskan dirinya (dengan Allah). [Diriwayatkan oleh al-Bazzār dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6480)]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.