Munkar Dengan Lafaz Ini
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الرَّحِمُ يُنَادِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ: أَنَّ مَنْ وَصَلَنِي؛ وَصَلَهُ اللَّهُ، وَمَنْ قَطَعَنِي؛ قَطَعَهُ اللَّهُ.
Teks Bahasa Melayu
Al-Rahm (hubungan kekeluargaan) akan menyeru pada hari kiamat: Sesungguhnya mereka yang menghubungkan aku, Allah SWT akan menghubungkan dirinya (dengan Allah) dan sesiapa yang memutuskan aku, maka Allah SWT akan memutuskan dirinya (dengan Allah).
Sahabat Perawi
- ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar Dengan Lafaz Ini
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 128, hadis no. 650. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا اللفظ) عن عبد الرحمن بن عوف رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الرَّحِمُ يُنَادِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ: أَنَّ مَنْ وَصَلَنِي وَصَلَهُ اللَّهُ وَمَنْ قَطَعَنِي قَطَعَهُ اللَّهُ. [البزار، الضعيفة (6480)]
(Munkar Dengan Lafaz Ini) Daripada ‘Abd al-Raḥmān ibn ‘Awf RA telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Al-Rahm (hubungan kekeluargaan) akan menyeru pada hari kiamat: Sesungguhnya mereka yang menghubungkan aku, Allah SWT akan menghubungkan dirinya (dengan Allah) dan sesiapa yang memutuskan aku, maka Allah SWT akan memutuskan dirinya (dengan Allah). [Riwayat al-Bazzār dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6480)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman