Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Al-Rafidah adalah golongan orang-orang musyrik

Teks Bahasa Arab

هذا في الجنةِ وإنَّ من شيعتِه قومًا يعلمونَ الإسلامَ ثم يرفضونهُ، لهم نَبْزٌ يُسمُّونَ: الرَّافضةَ، من لَقِيَهُمْ فليَقتلْهم، فإنهم مشركونَ.

Teks Bahasa Melayu

Beliau ini berada dalam syurga (iaitu ‘Ali) dan ada sebahagian pengikutnya yang mengetahui tentang Islam, namun mereka menolaknya. Mereka mempunyai gelaran iaitu al-Rafidah. Sesiapa yang bertemu dengan mereka maka bunuhlah kerana mereka mereka itu adalah orang-orang musyrik.

Sahabat Perawi

  1. Fatimah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1397, hadis no. 7087. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن فاطمة رضي الله عنها، قالت: نظر النبي صلى الله عليه وسلم إلى علي فقال: هذا في الجنة وإن من شيعته قوماً يعلمون الإسلام ثم يرفضونه، لهم نبز، يسمون: الرافضة، من لقيهم فليقتلهم، فإنهم مشركون. [ع، ((الضعيفة)) (6541)]

(Munkar) Daripada Fatimah RA, katanya: Nabi SAW melihat kepada 'Ali, lalu Baginda bersabda: Beliau ini berada dalam syurga (iaitu ‘Ali) dan ada sebahagian pengikutnya yang mengetahui tentang Islam, namun mereka menolaknya. Mereka mempunyai gelaran iaitu al-Rafidah. Sesiapa yang bertemu dengan mereka maka bunuhlah kerana mereka mereka itu adalah orang-orang musyrik. [Riwayat Abu Ya'la dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6541]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.