Al-Rafath: Ajakan melakukan jima’

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الرفث: ‌الإعرابة والتعريض للنساء بالجماع، والفسوق: المعاصي كلها، والجدال: جدال الرجل صاحبه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Al-Rafath: Ajakan melakukan jima’. Dan al-Fusuq: Maksiat keseluruhannya. Dan al-Jidal: Seorang lelaki berdebat dan bertengkar dengan sahabatnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 731, hadis nombor 3732. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم – في قول الله – عز وجل -: {فلا رفث ولا فسوق ولا جدال في الحج} قال: ((الرفث: ‌الإعرابة والتعريض للنساء بالجماع، والفسوق: المعاصي كلها، والجدال: جدال الرجل صاحبه)). [طب، عق، ((الضعيفة)) (1313)]

(Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda pada firman Allah: {Maka tidak boleh melakukan al-Rafath, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar dalam masa menunaikan haji}. Baginda bersabda: “al-Rafath: Ajakan melakukan jima’. Dan al-Fusuq: Maksiat keseluruhannya. Dan al-Jidal: Seorang lelaki berdebat dan bertengkar dengan sahabatnya".
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir dan al-’Uqayli dalam al-Du'afa’ al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1313]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.