Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الرَّفَثُ: الإعرابةُ والتعريضُ للنساءِ بالجِماعِ ، والفسوقُ: المعاصي كُلُّها، والجِدالُ: جِدالُ الرجلِ صاحبَه.
Teks Bahasa Melayu
Al-Rafath: Ajakan melakukan jima’. Dan al-Fusuq: Maksiat keseluruhannya. Dan al-Jidal: Seorang lelaki berdebat dan bertengkar dengan sahabatnya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 731, hadis no. 3732. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Daif) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda pada firman Allah: {Maka tidak boleh melakukan al-Rafath, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar dalam masa menunaikan haji}. Baginda bersabda: “al-Rafath: Ajakan melakukan jima’. Dan al-Fusuq: Maksiat keseluruhannya. Dan al-Jidal: Seorang lelaki berdebat dan bertengkar dengan sahabatnya". [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir dan al-’Uqayli dalam al-Du'afa’ al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1313]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman