Al-Quran turun dengan lisan (kabilah) Mudhar

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

نزل القرآن بلسان مضر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Al-Quran turun dengan lisan (yakni bahasa/lahjah) (kabilah) Mudhar.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1542, hadis nombor 7830. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عثمان بن عفان -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((نزل القرآن بلسان مضر)). [ابن حبان في ((الثقات))، ((الضعيفة)) (5770)]

(Lemah)
Daripada ‘Uthmān bin ‘Affān RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Al-Quran turun dengan lidah (yakni bahasa/lahjah) (kabilah) Mudhar.
[Riwayat Ibn Ḥibbān dalam al-Thiqāt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5770]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.