Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نزلَ القرآنُ بلِسانِ مُضَرَ.
Teks Bahasa Melayu
Al-Quran turun dengan lisan (yakni bahasa/lahjah) (kabilah) Mudhar.
Sahabat Perawi
- Uthman bin Affan RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1542, hadis no. 7830. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عثمان بن عفان -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((نزل القرآن بلسان مضر)). [ابن حبان في ((الثقات))، ((الضعيفة)) (5770)]
(Lemah) Daripada ‘Uthmān bin ‘Affān RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Al-Quran turun dengan lidah (yakni bahasa/lahjah) (kabilah) Mudhar. [Riwayat Ibn Ḥibbān dalam al-Thiqāt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5770]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman