Al-Quran turun dengan bahasa dua Ka’ab

TEKS BAHASA ARAB

نزل القرآن على لغة الكعبين، كعب بن لؤي وهو أبو قريش، وكعب بن عمرو وهو أبو خزاعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Al-Quran turun dengan bahasa dua Ka’ab iaitu Ka’ab Bin Luay, beliau ialah bapa kepada Quraisy dan juga Ka’ab Bin ‘Amru, beliau ialah bapa kepada Khuza’ah.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1915, hadis nombor 9622. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن ابن سفيان الأسلمي رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: نزل القرآن على لغة (الكعبين): كعب بن لؤي؛ وهو أبو قريش، وكعب بن عمرو؛ وهو أبو خزاعة.
[خط، ((الضعيفة)) (5774)]

(Munkar)
Daripada Ibn Sufyan Al-Aslami RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Al-Quran turun dengan bahasa dua Ka’ab iaitu Ka’ab Bin Luay, beliau ialah bapa kepada Quraisy dan juga Ka’ab Bin ‘Amru, beliau ialah bapa kepada Khuza’ah.
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5773]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs