Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نزلَ القرآنُ على لُغةِ الكَعبينِ، كعبِ بنِ لؤيٍّ وَهوَ أبو قُرَيْشٍ، وَكَعبِ بنِ عمرٍو وَهوَ أبو خُزاعةَ.
Teks Bahasa Melayu
Al-Quran turun dengan bahasa dua Ka’ab iaitu Ka’ab Bin Luay, beliau ialah bapa kepada Quraisy dan juga Ka’ab Bin ‘Amru, beliau ialah bapa kepada Khuza’ah.
Sahabat Perawi
- Ibn Sufyan al-Aslami RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1915, hadis no. 9622. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن سفيان الأسلمي رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: نزل القرآن على لغة (الكعبين): كعب بن لؤي؛ وهو أبو قريش، وكعب بن عمرو؛ وهو أبو خزاعة. [خط، ((الضعيفة)) (5774)]
(Munkar) Daripada Ibn Sufyan al-Aslami RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: al-Quran turun dengan bahasa dua Ka’ab iaitu Ka’ab Bin Luay, beliau ialah bapa kepada Quraisy dan juga Ka’ab Bin ‘Amru, beliau ialah bapa kepada Khuza’ah. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5773]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman