Al-Quran telah diturunkan di atas tujuh huruf

TEKS BAHASA ARAB

‌أنزل القرآن على سبعة أحرف، فمن قرأ على حرف منها فلا يتحول إلى غيره رغبة عنه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Al-Quran telah diturunkan di atas tujuh huruf (cara bacaan). Oleh itu, sesiapa yang membaca di atas sebahagian huruf itu, maka janganlah dia berpindah kepada cara lain kerana tidak menyukainya (cara bacaan itu).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1255, hadis nombor 6413. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

‌(ضعيف)
عن عبدالله بن مسعود رضي الله عنه، قال: قال النبي صلى الله عليه وسلم: أنزل القرآن على سبعة أحرف، فمن قرأ على حرف منها فلا يتحول إلى غيره رغبة عنه.
[طب، ((الضعيفة)) (2969)].

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin Mas’ud RA, katanya: Nabi SAW bersabda: Al-Quran telah diturunkan di atas tujuh huruf (cara bacaan). Oleh itu, sesiapa yang membaca di atas sebahagian huruf itu, maka janganlah dia berpindah kepada cara lain kerana tidak menyukainya (cara bacaan itu).
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2969]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs