TEKS BAHASA ARAB
أنزل القرآن على سبعة أحرف، لكل حرف منه ظهر وبطن.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Al-Qur’an telah diturunkan di atas tujuh huruf (cara bacaan), setiap huruf itu ada zahir (nyata) dan batin (tersembunyi).
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1255, hadis nombor 6414. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن ابن مسعود رضي الله عنه مرفوعا: أنزل القرآن على سبعة أحرف، لكل حرف منه ظهر وبطن.
[ابن جرير، الباهلي في ((حديث زيد بن أبي أنيسة))، أبو الفضل الرازي في ((معاني: أنزل القرآن على سبعة أحرف))، ((الضعيفة)) (2989)]
(Lemah)
Daripada Ibn Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Al-Qur’an telah diturunkan di atas tujuh huruf (cara bacaan), setiap huruf itu ada zahir (nyata) dan batin (tersembunyi).
[Riwayat Ibn Jarir, al-Bahili dalam Hadith Zaid bin Abi Unaisah, Abu al-Fadhl al-Razi dalam Ma’ani :Unzila al-Qur’an ‘ala Sab’ah Ahruf. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2989]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.