TEKS BAHASA ARAB
أنزل القرآن على ثلاثة أحرف.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Al-Quran telah diturunkan di atas tiga huruf (cara bacaan).
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1255, hadis nombor 6412. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن سمرة رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: أنزل القرآن على ثلاثة أحرف.
[الطحاوي في ((مشكل الآثار))، ك، حم، البزار، عد، تمام، ((الضعيفة)) (2958)].
(Lemah)
Daripada Samrah RA daripada Nabi SAW, baginda bersabda: Al-Quran telah diturunkan di atas tiga huruf (cara bacaan).
[Riwayat al-Tahawi dalam Mushkil al-Athar, al-Hakim, Aḥmad bin Ḥanbal, al-Bazzar, Ibn ‘Adiy, Tammam. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2958]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.