Al-Qur'an telah diturunkan di atas lima perkara

TEKS BAHASA ARAB

أعربوا القرآن، واتبعوا غرائبه، وغرائبه: فرائضه وحدوده؛ فإن القرآن نزل على خمسة أوجه، حلال، وحرام، ومحكم، ومتشابه، وأمثال، فاعملوا بالحلال، واجتنبوا الحرام واتبعوا المحكم، وآمنوا بالمتشابه، واعتبروا بالأمثال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

I’rablah al-Qur’an dan carilah keganjilannya. Keganjilannya adalah kewajibannya (ketentuannya) dan batasannya. Ini kerana, al-Qur’an telah diturunkan di atas lima perkara, iaitu: Halal, haram, muhkam (ayat yang jelas), mutashabih (ayat yang samar-samar maksudnya) dan perumpamaan-perumpamaan. Maka, amalkanlah yang halal, jauhilah yang haram, ikutilah yang muhkam, berimanlah dengan yang mutashabih dan ambillah iktibar terhadap perumpamaan-perumpamaan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1413 – 1414, hadis nombor 7172. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: أعربوا القرآن، واتبعوا غرائبه، وغرائبه: فرائضه وحدوده؛ فإن القرآن نزل على خمسة أوجه، حلال، وحرام، ومحكم، ومتشابه، وأمثال، فاعملوا بالحلال، واجتنبوا الحرام واتبعوا المحكم، وآمنوا بالمتشابه، واعتبروا بالأمثال.
[ابن جبرون المعدل في ((الفوائد العوالي))، الثقفي في ((الثقفيات))، ابن نصر الدين الدمشقي في ((جزء له))، ((الضعيفة)) (1346)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): I’rablah al-Qur’an dan carilah keganjilannya. Keganjilannya adalah kewajibannya (ketentuannya) dan batasannya. Ini kerana, al-Qur’an telah diturunkan di atas lima perkara, iaitu: Halal, haram, muhkam (ayat yang jelas), mutashabih (ayat yang samar-samar maksudnya) dan perumpamaan-perumpamaan. Maka, amalkanlah yang halal, jauhilah yang haram, ikutilah yang muhkam, berimanlah dengan yang mutashabih dan ambillah iktibar terhadap perumpamaan-perumpamaan.
[Riwayat Ibn Jabrun al-Mu'addal dalam al-Fawa'id al-'Awaliy, al-Thaqafiy dalam al-Thaqafiyyat dan Ibn Nasir al-Din al-Dimashqi dalam Juz beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1346]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs