Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَعْرِبُوا الْقُرْآنَ، وَاتَّبِعُوا غَرَائِبَهُ، وَغَرَائِبُهُ: فَرَائِضُهُ وَحُدُودُهُ، فإنَّ القرآنَ نزل على خَمْسَةِ أَوْجُهٍ ، حلالٌ ، وحرامٌ ، ومُحْكَمٌ ، ومتشابهٌ ، وأمثالٌ ، فاعملوا بالحلالِ ، واجتَنِبُوا الحرامَ واتَّبِعُوا المُحْكَمَ ، وآمِنوا بالمتشابهِ ، واعتَبِرُوا بالأمثالِ.
Teks Bahasa Melayu
I'rablah al-Qur'an dan carilah keganjilannya. Keganjilannya adalah kewajibannya (ketentuannya) dan batasannya. Ini kerana, al-Qur'an telah diturunkan di atas lima perkara, iaitu: Halal, haram, muhkam (ayat yang jelas), mutashabih (ayat yang samar-samar maksudnya) dan perumpamaan-perumpamaan. Maka, amalkanlah yang halal, jauhilah yang haram, ikutilah yang muhkam, berimanlah dengan yang mutashabih dan ambillah iktibar terhadap perumpamaan-perumpamaan.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1413 - 1414, hadis no. 7172. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: أعربوا القرآن، واتبعوا غرائبه، وغرائبه: فرائضه وحدوده؛ فإن القرآن نزل على خمسة أوجه، حلال، وحرام، ومحكم، ومتشابه، وأمثال، فاعملوا بالحلال، واجتنبوا الحرام واتبعوا المحكم، وآمنوا بالمتشابه، واعتبروا بالأمثال. [ابن جبرون المعدل في ((الفوائد العوالي))، الثقفي في ((الثقفيات))، ابن نصر الدين الدمشقي في ((جزء له))، ((الضعيفة)) (1346)]
(Sangat Lemah) Daripada Abi Hurairah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): I'rablah al-Qur'an dan carilah keganjilannya. Keganjilannya adalah kewajibannya (ketentuannya) dan batasannya. Ini kerana, al-Qur'an telah diturunkan di atas lima perkara, iaitu: Halal, haram, muhkam (ayat yang jelas), mutashabih (ayat yang samar-samar maksudnya) dan perumpamaan-perumpamaan. Maka, amalkanlah yang halal, jauhilah yang haram, ikutilah yang muhkam, berimanlah dengan yang mutashabih dan ambillah iktibar terhadap perumpamaan-perumpamaan. [Riwayat Ibn Jabrun al-Mu'addal dalam al-Fawa'id al-'Awaliy, al-Thaqafiy dalam al-Thaqafiyyat dan Ibn Nasir al-Din al-Dimashqi dalam Juz beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1346]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman