Al-Quran mengandungi sejuta 27 ribu huruf

TEKS BAHASA ARAB

القرآن ألف ألف حرف وسبعة وعشرون ألف حرف فمن قرأه صابرا محتسبا كان له بكل حرف زوجة من الحور العين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Al-Quran mengandungi sejuta 27 ribu huruf, sesiapa yang membacanya dalam keadaan sabar dan mengharapkan (balasan daripada Allah) maka baginya setiap huruf seorang isteri dalam kalangan bidadari.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 62, hadis nombor 343. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Al-Zahabi berkata: Batil, saya pula berkata selain batil dan pendustaan atas nama Rasulullah SAW, ia juga batil pada hadith itu sendiri, kerana bilangan huruf al-Quran lebih sedikit berbanding 1/3 bilangan ini. Boleh jadi, penulis (al-Suyuti) telah menukilkan bilangan huruf al-Quran dalam kitab beliau al-Itqan Fi ‘Ulum al-Quran. Jika beliau (al-Suyuti) tidak dapat mengetahui kebatilannya dari sudut riwayat, bagaimana pula beliau tidak dapat mengetahui kebatilannya dari sudut ini? Sesungguhnya ini suatu yang benar-benar ajaib!

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.