Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الْقُرْآنُ أَلْفُ أَلْفِ حَرْفٍ وَسَبْعَةٌ وَعِشْرُونَ أَلْفَ حَرْفٍ فَمَنْ قَرَأَهُ صَابِراً مُحْتَسِباً كانَ لَهُ بِكُلِّ حَرْفٍ زَوْجَةٌ مِنَ الْحُورِ الْعِينِ.
Teks Bahasa Melayu
Al-Quran mengandungi sejuta 27 ribu huruf, sesiapa yang membacanya dalam keadaan sabar dan mengharapkan (balasan daripada Allah) maka baginya setiap huruf seorang isteri dalam kalangan bidadari.
Sahabat Perawi
- Ibn 'Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 62, hadis no. 343. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Al-Zahabi berkata: Batil, saya pula berkata selain batil dan pendustaan atas nama Rasulullah SAW, ia juga batil pada hadith itu sendiri, kerana bilangan huruf al-Quran lebih sedikit berbanding 1/3 bilangan ini. Boleh jadi, penulis (al-Suyuti) telah menukilkan bilangan huruf al-Quran dalam kitab beliau al-Itqan Fi 'Ulum al-Quran. Jika beliau (al-Suyuti) tidak dapat mengetahui kebatilannya dari sudut riwayat, bagaimana pula beliau tidak dapat mengetahui kebatilannya dari sudut ini? Sesungguhnya ini suatu yang benar-benar ajaib!
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman