Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
القرآنُ ألفُ ألفِ حرفٍ، وسبعةٌ وعشرون ألفَ حرفٍ، فمن قرأه صابرًا محتسِبًا ؛ كان له بكلِّ حرفٍ زوجةٌ من الحُورِ العِينِ.
Teks Bahasa Melayu
Al-Qur'an mengandungi 1 027 000 huruf, sesiapa yang membacanya dengan sabar lagi mengharapkan pahala, maka bagi setiap huruf itu dia mendapat seorang isteri dalam kalangan bidadari.
Sahabat Perawi
- Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1475, hadis no. 7521. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن عمر - رضي الله عنه - مرفوعا: ((القرآن ألف ألف حرف، وسبعة وعشرون ألف حرف، فمن قرأه صابراً محتسباً؛ كان له بكل حرف زوجة من الحور العين)). [طس، ((الضعيفة)) (4073)]
(Batil) Daripada 'Umar RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Al-Qur'an mengandungi 1027000 huruf, sesiapa yang membacanya dengan sabar lagi mengharapkan pahala, maka bagi setiap huruf itu dia mendapat seorang isteri dalam kalangan bidadari. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4073]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman