Al-Qur'an itu ringkas dan mempunyai banyak maksud

TEKS BAHASA ARAB

القرآن ذلول ذو وجوه، فاحملوه على أحسن وجوهه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Al-Qur’an itu ringkas (mudah dipergunakan) yang mempunyai banyak maksud, maka pilihlah sebaik-baik maksud.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1417, hadis nombor 7191. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: القرآن ذلول ذو وجوه، فاحملوه على أحسن وجوهه.
[قط، ((الضعيفة)) (1036)]

(Sangat lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Al-Qur’an itu ringkas (mudah dipergunakan) yang mempunyai banyak maksud, maka pilihlah sebaik-baik maksud.
[Riwayat al-Daraqutni dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1036]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs