Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
القرآنُ ذَلولٌ ذو وجوه، فاحمِلوهُ علَى أحسَنِ وجوهِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Al-Qur'an itu ringkas (mudah dipergunakan) yang mempunyai banyak maksud, maka pilihlah sebaik-baik maksud.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1417, hadis no. 7191. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: القرآن ذلول ذو وجوه، فاحملوه على أحسن وجوهه. [قط، ((الضعيفة)) (1036)]
(Sangat lemah) Daripada Ibn 'Abbas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Al-Qur'an itu ringkas (mudah dipergunakan) yang mempunyai banyak maksud, maka pilihlah sebaik-baik maksud. [Riwayat al-Daraqutni dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1036]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman