Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Al-Quran itu kalam Allah bukan makhluk

Teks Bahasa Arab

الْقُرْآنُ كَلامُ اللَّهِ غَيْرُ مَخْلُوقٍ، فَمَنْ قَالَ بِغَيْرِ هَذَا فَقَدْ كَفَرَ.

Teks Bahasa Melayu

Al-Quran itu kalam Allah bukan makhluk, maka sesiapa yang berkata dengan selain ini maka dia telah menjadi kafir.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 129, hadis no. 213. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال الصغاني: هذا موضوع، وقال السخاوي: هذا الحديث من جميع طرقه باطل، وأورده ابن الجوزي في الموضوعات.

Al-Saghani berkata: Ini palsu. Dan al-Sakhawi berkata: Hadis ini dari kesemua jalurnya adalah batil. Dan Ibn al-Jawzi menyebutnya dalam Kitab al-Mawdu’at.

Rujukan

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.