Al-Quran itu diturunkan dalam empat huruf

TEKS BAHASA ARAB

أنزل القرآن على أربعة أحرف: حلال، وحرام؛ لا يعذر أحد بالجهالة به، وتفسير تفسره العرب، وتفسير تفسره العلماء، ومتشابه لا يعلمه إلا الله، ومن ادعى علمه سوى الله؛ فهو كاذب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Al-Quran itu diturunkan dalam empat huruf: Halal dan haram; yang tiada keuzuran bagi seseorang jahil akannya, dan tafsir yang ditafsirkan oleh orang Arab, serta tafsir yang ditafsirkan oleh para ulama, juga (ayat) mutasyabih yang tidak ada yang mengetahuinya melainkan Allah. Sesiapa yang mengaku dia mengetahuinya selain Allah, maka dia adalah pendusta.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 534, hadis nombor 2826. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبدالله بن عباس – رضي الله عنهما -: أن رسول الله ﷺ قال: «أنزل القرآن على أربعة أحرف: حلال، وحرام؛ لا يعذر أحد بالجهالة به، وتفسير تفسره العرب، وتفسير تفسّره العلماء، ومتشابه لا يعلمه إلا الله، ومن ادعى علمه سوى الله؛ فهو كاذب». [ابن جریر، «الضعيفة» (6163/م)].

(Sangat Lemah) Daripada Abdullah bin Abbās RA, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: "Al-Quran itu diturunkan dalam empat huruf: Halal dan haram; yang tiada keuzuran bagi seseorang jahil akannya, dan tafsir yang ditafsirkan oleh orang Arab, serta tafsir yang ditafsirkan oleh para ulama, juga (ayat) mutasyabih yang tidak ada yang mengetahuinya melainkan Allah. Sesiapa yang mengaku dia mengetahuinya selain Allah, maka dia adalah pendusta". [Riwayat Ibn Jarīr al-Ṭabarī dalam Tafsirnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6163/م].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs