Al-Qur’an ialah kalam-Ku dan ia keluar daripada-Ku.

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يقول الله : أنا الله لا إله إلا أنا كلمتي من قالها ؛ أدخلته جنتي ، ومن أدخلته جنتي ؛ فقد أمن ، والقرآن كلامي ، ومني خرج.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah berfirman: “Kalimah-Ku: Akulah Allah tiada Tuhan selain Aku; siapa yang menyebutnya, Aku akan masukkan dia ke dalam syurga-Ku. Dan siapa yang Aku masuk dia ke dalam syurga-Ku, maka dia telah aman. Al-Qur’an ialah kalam-Ku dan ia keluar daripada-Ku.”

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 559, hadis nombor 2903. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس –رضي الله عنهما– عن النبي صلى الله عليه وسلم عن جبريل عن الله –تعالى– قال: ((أنا الله لا إله إلا أنا كلمتي، من قالهها؛ أدخلته جنتي، ومن أدخلته جنتي؛ فقد أمن، والقرآن كلامي، ومني خرج)).
[خط، ((الضعيفة)) (6221)]

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbas RA daripada Nabi SAW daripada Jibril daripada Allah Taala, Dia berfirman: “Kalimah-Ku: Akulah Allah tiada Tuhan selain Aku; siapa yang menyebutnya, Aku akan masukkan dia ke dalam syurga-Ku. Dan siapa yang Aku masuk dia ke dalam syurga-Ku, maka dia telah aman. Al-Qur’an ialah kalam-Ku dan ia keluar daripada-Ku.”
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam kitab Tarikh Baghdad. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6221]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.