Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Al-Qur’an ialah kalam-Ku dan ia keluar daripada-Ku.

Teks Bahasa Arab

يقولُ اللَّه : أنا اللَّهُ لا إلَه إلا أنَا كلِمتي من قالَها ؛ أدخلتُه جنَّتي ، ومن أدخلتُه جنَّتي ؛ فقد أمِنَ ، والقرآنُ كلامي ، ومنِّي خرَج.

Teks Bahasa Melayu

Allah berfirman: “Kalimah-Ku: Akulah Allah tiada Tuhan selain Aku; siapa yang menyebutnya, Aku akan masukkan dia ke dalam syurga-Ku. Dan siapa yang Aku masuk dia ke dalam syurga-Ku, maka dia telah aman. Al-Qur’an ialah kalam-Ku dan ia keluar daripada-Ku.”

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 559, hadis no. 2903.

(موضوع) عن ابن عباس –رضي الله عنهما– عن النبي صلى الله عليه وسلم عن جبريل عن الله –تعالى– قال: ((أنا الله لا إله إلا أنا كلمتي، من قالهها؛ أدخلته جنتي، ومن أدخلته جنتي؛ فقد أمن، والقرآن كلامي، ومني خرج)). [خط، ((الضعيفة)) (6221)]

(Palsu) Daripada Ibn 'Abbas RA daripada Nabi SAW daripada Jibril daripada Allah Taala, Dia berfirman: “Kalimah-Ku: Akulah Allah tiada Tuhan selain Aku; siapa yang menyebutnya, Aku akan masukkan dia ke dalam syurga-Ku. Dan siapa yang Aku masuk dia ke dalam syurga-Ku, maka dia telah aman. Al-Qur’an ialah kalam-Ku dan ia keluar daripada-Ku.” [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam kitab Tarikh Baghdad. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6221]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.