TEKS BAHASA ARAB
أنزل القرآن على أربعة أحرف: حلال، وحرام؛ لا يعذر أحد بالجهالة به، وتفسير تفسره العرب، وتفسير تفسره العلماء، ومتشابه لا يعلمه إلا الله، ومن ادعى علمه سوى الله؛ فهو كاذب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Al-Quran diturunkan di atas empat huruf: Halal, haram, yang tidak diberikan uzur kepada seseorang atas kejahilannya mengenainya, tafsir yang ditafsirkan oleh orang Arab, tafsir yang ditafsirkan oleh para ulama dan kalimah-kalimah mutasyabih yang tidak diketahuinya kecuali Allah. Barang siapa yang mendakwa mengetahuinya selain daripada Allah maka dia adalah seorang pendusta.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1549, hadis nombor 7856. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عبد الله بن عباس -رضي الله عنهما-: أن رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال: ((أُنْزِلَ القرآنُ على أربعةِ أحرفٍ: حلالٍ، وحرامٍ، لاَ يُعذَر أحدٌ بالجهالة به، وتفسيرٍ تُفسِّرُه العرب، وتفسيرٍ تفسِّره العلماء، ومتشابهٍ لاَ يَعلَمُه إلا اللهُ، ومَنِ ادَّعى علمه سوى اللهِ؛ فهو كاذبٌ)) [ابن جرير، ((الضعيفة)) (6163/م)]
(Sangat lemah)
Daripada Abdullah Bin Abbas RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Al-Quran diturunkan di atas empat huruf: Halal, haram, yang tidak diberikan uzur kepada seseorang atas kejahilannya mengenainya, tafsir yang ditafsirkan oleh orang Arab, tafsir yang ditafsirkan oleh para ulama dan kalimah-kalimah mutasyabih yang tidak diketahuinya kecuali Allah. Barang siapa yang mendakwa mengetahuinya selain daripada Allah maka dia adalah seorang pendusta."
[Riwayat Ibn Jarir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6163/م)]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.