Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أتاني جبريلُ فقالَ: يا محمَّدُ إنَّ أمَّتَكَ مختَلِفةٌ بعدَكَ. قالَ فقُلتُ لهُ فأينَ المخرَجُ يا جبريلُ قالَ فقالَ كتابُ اللَّهِ تعالى بهِ يقصِمُ اللَّهُ كلَّ جبَّارٍ مَنِ اعتصمَ بهِ نجا ومن ترَكَهُ هلَكَ مرَّتينِ ، قولٌ فصلٌ وليسَ بالهزلِ لا تختَلقُهُ الألسُنُ ، ولا تَفنى أعاجيبُهُ فيهِ نبأُ ما كانَ قبلَكُم فَصلُ ما بينَكُم وخَبرُ ما هوَ كائنٌ بعدَكُم.
Teks Bahasa Melayu
Jibril AS pernah datang menemuiku, Jibril berkata: Wahai Muhammad! Sesungguhnya umatmu pasti berpecah selepas kewafatanmu. Aku (Nabi) pun berkata kepada Jibril: Maka manakah jalan keluarnya, wahai Jibril? Jibril menjawab: Kitab Allah Ta'ala, dengannya Allah membinasakan setiap yang zalim. Sesiapa yang berpegang teguh dengannya maka dia berjaya dan sesiapa yang meninggalkannya dia binasa, sebanyak dua kali, al-Qur'an adalah ucapan yang jelas, bukan gurauan, bukan rekaan lidah, tidak akan binasa keajaiban-keajaibannya, di dalamnya ada berita umat sebelum kamu, pemutus apa yang terjadi sesama kamu, dan berita tentang apa yang akan terjadi sesudah kematian kamu.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1422, hadis no. 7221. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat lemah) Daripada al-Harith bin 'Abdillah al-A'war, katanya: Aku berkata: Aku pasti akan datang menemui Amir al-Mukminin untuk aku bertanya beliau berkenaan apa yang telah aku dengar petang tadi. Al-Harith berkata: Lalu aku datang menemuinya selepas Isyak, aku masuk menemuinya, beliau pun menyebutkan hadith, al-Harith berkata: Kemudian dia berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Jibril AS pernah datang menemuiku, Jibril berkata: Wahai Muhammad! Sesungguhnya umatmu pasti berpecah selepas kewafatanmu. Aku (Nabi) pun berkata kepada Jibril: Maka manakah jalan keluarnya, wahai Jibril? Jibril menjawab: Kitab Allah Ta'ala, dengannya Allah membinasakan setiap yang zalim. Sesiapa yang berpegang teguh dengannya maka dia berjaya dan sesiapa yang meninggalkannya dia binasa, sebanyak dua kali, al-Qur'an adalah ucapan yang jelas, bukan gurauan, bukan rekaan lidah, tidak akan binasa keajaiban-keajaibannya, di dalamnya ada berita umat sebelum kamu, pemutus apa yang terjadi sesama kamu, dan berita tentang apa yang akan terjadi sesudah kematian kamu. [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1776]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman