Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
القرآنُ غِنًى لا فَقْرَ بعدَه، ولا غِنًى دونَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Al-Qur'an adalah kekayaan, tidak ada kefakiran sesudahnya dan tidak ada kekayaan selainnya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1426, hadis no. 7244. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: القرآن غنى لا فقر بعده، ولا غنى دونه. [ابن نصر في ((قيام الليل))، ع، طب، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1558)]
(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Al-Qur'an adalah kekayaan, tidak ada kefakiran sesudahnya dan tidak ada kekayaan selainnya. [Riwayat Ibn Nasr dalam Qiyam al-Layl, Abu Ya'la dalam al-Musnad, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1558]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman