Al-Quran adalah kalam Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: القرآن كلام الله غير مخلوق، فمن قال بغير هذا، فقد كفر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Al-Quran adalah kalam Allah, bukannya makhluk. Sesiapa yang mengatakan selainnya, maka dia telah kafir.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 133, hadis nombor 370. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

كلام صحيح، ولكن لفظه موضوع من جميع طرقه.

Perkataan ini benar akan tetapi lafaznya palsu melalui semua jalan periwayatannya.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.