Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
القرآن كلام الله غير مخلوق ومن قال مخلوق فاقتلوه فإنه كافر.
Teks Bahasa Melayu
Al-Qur’an adalah kalam Allah, bukannya makhluk. Sesiapa yang mengatakan al-Qur’an adalah makhluk, maka bunuhlah dia kerana dia telah kafir.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 66, hadis no. 268. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Diriwayatkan sebagai satu hadith dengan beberapa sanad yang tidak jelas perawinya, lagi tidak boleh dijadikan hujah satu pun daripadanya sebagaimana yang telah disebutkan oleh al-Baihaqi. Dalil-dalil bahawa al-Qur'an merupakan kalam Allah dan bukan makhluk yang banyak, ia dipegang oleh ahli sunnah dalam kalangan salaf dan khalaf.
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman