Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Al-Qura (Mekah) dibuka dengan pedang

Teks Bahasa Arab

افْتُتِحَتِ القُرَى بالسيفِ، وافتُتِحَتِ المدينَةُ بالقرآنِ.

Teks Bahasa Melayu

Al-Qura (Mekah) dibuka dengan pedang, sedangkan Madinah dibuka dengan al-Quran.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1802, hadis no. 9081. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: ((افتتحت القرى بالسيف، وافتتحت المدينة بالقرآن)). [عق، الفلاكي في ((فوائده))، ((الضعيفة)) (1847)]

(Munkar) Daripada 'Aishah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Al-Qura (Mekah) dibuka dengan pedang, sedangkan Madinah dibuka dengan al-Quran." [Riwayat al-'Uqayli dalam al-Dhu'afa' al-Kabir dan al-Falaki dalam Fawaidnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1847]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.