Al-Qintar (Harta yang banyak) ialah 12,000 uqiyah

TEKS BAHASA ARAB

القنطار اثنا عشر ألف أوقية، وكل أوقية خير مما بين السماء والأرض.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Al-Qintar (Harta yang banyak) ialah 12,000 uqiyah (1 uqiyah bersamaan 40 dirham/5 dinar/33.85 gram), setiap uqiyah itu lebih baik daripada apa yang ada di antara langit dan bumi.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 615, hadis nombor 3208. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((القنطار اثنا عشر ألف أوقية، وكل أوقية خير مما بين السماء والأرض)). [هـ، حب، حم، عبدالغني المقدسي في ((السنن))، ((الضعيفة)) (4076)].

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Al-Qintar (Harta yang banyak) ialah 12,000 uqiyah (1 uqiyah bersamaan 40 dirham/5 dinar/33.85 gram), setiap uqiyah itu lebih baik daripada apa yang ada di antara langit dan bumi.))
[Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya, Ibn Hibban dalam Sahihnya, Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya, dan Abdul Ghani al-Maqdisi dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4076].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs