Al-Masih akan bersua dalam kalangan umat ini dengan satu kaum

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ليدركن المسيح من هذه الأمة أقواما إنهم لمثلكم أو خير – ثلاث مرات -، ولن يخزي الله أمة أنا أولها والمسيح آخرها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Al-Masih akan bersua dalam kalangan umat ini dengan satu kaum. Sesungguhnya mereka adalah semisal kalian atau lebih baik, tiga kali, dan Allah tidak akan menghinakan umat yang saya di awalnya dan al-Masih di akhirnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1853, hadis nombor 9352. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالرحمن بن جبير بن نفير، قال: لما اشتد حزن أصحاب رسول الله ﷺ على من أصيب مع زيد يوم مؤتة، قال النبي ﷺ: ((ليدركن المسيح من هذه الأمة أقواما إنهم لمثلكم أو خير -ثلاث مرات، ولن يُخزِيَ الله أمة أنا أوّلها والمسيح آخرها)). [ش، ك، ((الضعيفة))، (4372)].

(Lemah) Daripada ‘Abd al-Rahman bin Jubair bin Nufair, beliau berkata: Tatkala kesedihan para sahabat Rasulullah SAW bersangatan terhadap mereka yang terbunuh bersama Zaid pada Hari Muktah, Nabi SAW bersabda: “Al-Masih akan bersua dalam kalangan umat ini dengan satu kaum. Sesungguhnya mereka adalah semisal kalian atau lebih baik, tiga kali, dan Allah tidak akan menghinakan umat yang saya di awalnya dan al-Masih di akhirnya”.
[Riwayat Ibn Abi Shaibah dan al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4372]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.