Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
المعروفُ بابٌ من أبوابِ الجنةِ، وهو يَدفعُ مَصارعَ السُّوءِ.
Teks Bahasa Melayu
Al-Ma’ruf merupakan salah satu pintu syurga, ia menolak semua kejahatan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 668, hadis no. 3447. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعاً: ((المعروف باب من أبواب الجنة، وهو يدفع مصارع السوء)). [أبو الشيخ في ((الثواب))، ابن أبي حاتم في العلل))، ((الضعيفة)) (4680)]
(Palsu) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’: Al-Ma’ruf merupakan salah satu pintu syurga, ia menolak semua kejahatan. [Riwayat Abu al-Syaikh dalam al-Thawab, Ibn Abi Hatim dalam al-Ila. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4680]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman