Al-Mahdi itu daripada golongan kami Ahlu Bait

TEKS BAHASA ARAB

 المَهْدِيُّ مِنَّا أَهْلَ الْبَيْتِ، يُصْلِحُهُ اللَهُ فِي لَيْلَةٍ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Al-Mahdi itu daripada golongan kami Ahlu Bait. Allah meluruskannya dalam satu malam

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Berkata Ibnu Majah di dalam sunannya: Uthman bin Abi Syaibah menceritakan kepada kami, Abu Daud al-Hifari menceritakan kepada kami, Yasin menceritakan kepada kami, daripada Ibrahim bin Muhammad bin al-Hanafiah, daripada ayahnya, daripada Ali berkata, Rasulullah SAW berkata:
المَهْدِيُّ مِنَّا أَهْلَ الْبَيْتِ، يُصْلِحُهُ اللَهُ فِي لَيْلَةٍ
“Al-Mahdi itu daripada golongan kami Ahlu Bait. Allah meluruskannya dalam satu malam.”
Yasin meriwayatkan, walaupun ianya hadis yang lemah (dhoif), hadis ini boleh menjadi pengukuhan, tetapi tidak boleh dijadikan pergantungan.
——————————————–
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:
Direkodkan oleh Ahmad di dalam Musnad (1/84), Ibnu Majah di dalam Sunan (4085). Hadis ini sahih.

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon