Al-Mahdi daripada keturunanku, daripada anak Fatimah

TEKS BAHASA ARAB

 الْمَهْدِيُّ مِنْ عِتْرَتِي مِنْ وَلَدِ فَاطِمَةِ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Al-Mahdi daripada keturunanku, daripada anak Fatimah.

STATUS

sanad hadisnya perlu diteliti

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Telah berkata Ummu Salamah: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
الْمَهْدِيُّ مِنْ عِتْرَتِي مِنْ وَلَدِ فَاطِمَةِ
“Al-Mahdi daripada keturunanku, daripada anak Fatimah.”
Diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibnu Majah, di dalam sanadnya Ziyad bin Bayan, – dia dianggap siqah ba’sa (dipercayai) oleh Ibnu Hibban. Ibnu Ma’in berkata: Laisa bihi ba’sa. Berkata al-Bukhari: Dalam sanad hadisnya perlu diteliti.
—————————————-
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:
Direkod oleh Abu Daud: 4284, Ibnu Majah: 4086. Sanadnya baik.

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon