TEKS BAHASA ARAB
المهدي من ولد العباس عمي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Al-Mahdi adalah daripada keturunan al-‘Abbas, bapa saudaraku.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1304, hadis nombor 6658. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن عثمان بن عفان رضي الله عنه، مرفوعا: المهدي من ولد العباس عمي.
[الدارقطني في ((الأفراد))، فر، ابن الجوزي في ((الواهيات))، ((الضعيفة)) (80)].
(Palsu)
Daripada Uthman bin Affan RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Al-Mahdi adalah daripada keturunan al-‘Abbas, bapa saudaraku.
[Riwayat al-Daraqutni dalam al-Afrad, al-Daylami dalam al-Musnad al-Firdaws, Ibn al-Jawzi dalam al-Wahiyat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 80].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.