Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Al-Mahdi adalah daripada keturunan al-'Abbas, bapa saudaraku

Teks Bahasa Arab

المَهْدِي مِنْ وَلَدِ الْعَبَّاسِ عَمِّي.

Teks Bahasa Melayu

Al-Mahdi adalah daripada keturunan al-'Abbas, bapa saudaraku.

Sahabat Perawi

  1. Uthman bin Affan RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1304, hadis no. 6658. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عثمان بن عفان رضي الله عنه، مرفوعا: المهدي من ولد العباس عمي. [الدارقطني في ((الأفراد))، فر، ابن الجوزي في ((الواهيات))، ((الضعيفة)) (80)].

(Palsu) Daripada Uthman bin Affan RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Al-Mahdi adalah daripada keturunan al-'Abbas, bapa saudaraku. [Riwayat al-Daraqutni dalam al-Afrad, al-Daylami dalam al-Musnad al-Firdaws, Ibn al-Jawzi dalam al-Wahiyat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 80].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.