Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Al-Kanūd ialah individu yang makan seorang diri

Teks Bahasa Arab

الكنود: الذي يأكل وحده، ويمنع رفده، ويضرب عبده.

Teks Bahasa Melayu

Al-Kanūd ialah individu yang makan seorang diri, menghalang pemberiannya serta memukul hambanya.

Sahabat Perawi

  1. Abu Umamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 113, hadis no. 584. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة - رضي الله عنه - عن النبي - صلى الله عليه وسلم-؛ ذكر عنده (الكنود) فقال: الكنود: الذي يأكل وحده، ويمنع رفده، ويضرب عبده. [ابن جرير الطبري، طب، ((الضعيفة)) (5833)]

(Terlalu Daif) Daripada Abu Umamah RA, daripada Nabi SAW, disebutkan di sisi Baginda SAW (al-Kanūd). Lalu Baginda SAW telah bersabda: Al-Kanūd ialah individu yang makan seorang diri, menghalang pemberiannya serta memukul hambanya. [Riwayat Ibn Jarir al-Ṭabari dalam Tafsirnya dan al-Ṭabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5833]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.