al-‘Itl al-Zanīm

TEKS BAHASA ARAB

العتل الزنيم: الفاحش اللئيم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

al-‘Itl al-Zanīm: Orang yang keji lagi hina.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 71, hadis nombor 337. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن القاسم مولى معاوية، قال: سئل رسول الله – صلى الله عليه وسلم – عن العتل الزنيم؟ قال: ((‌الفاحش ‌اللئيم)).
[ابن جرير، ((الضعيفة)) (‌‌3932)]

(Lemah)
Daripada al-Qāsim Mawlā Mu‘āwiyah berkata: Rasulullah SAW ditanyakan tentang maksud al-‘itl al-zanīm. Baginda SAW telah menjawab: “Orang yang keji lagi hina”.”
[Riwayat Ibn Jarīr dalam Tafsīrnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3932).

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs