Al-Ihtikar: Peniaga yang suka menimbun barang jualan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا سمع برخص؛ ساءه، وإذا سمع بغلاء؛ فرح به، بئس العبد المحتكر، إن أرخص الله الأسعار؛ حزن، وإن أغلاها الله فرح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila penjual mendengar tentang harga yang murah, ia menyakitkannya. Dan apabila dia mendengar harga barang naik, maka dia gembira dengannya. Seburuk-buruk hamba adalah mereka yang melakukan ihtikar. Sekiranya Allah SWT menjadikan harga barangan murah, dia akan bersedih. Dan sekiranya Allah SWT meninggikan harga barang, maka dia akan bergembira.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 110, hadis nombor 566. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن معاذ بن جبل – رضي الله عنه -، قال: سألت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – عن الاحتكار: ما هو؟ قال: إذا سمع بِرُخْصٍ؛ ساءه، وإذا سمع بغلاءٍ؛ فرح به، بئس العبد المحتكر، إن أرخص الله الأسعار؛ حزن، وإن أغلاها الله فرح.
[طب، ((الضعيفة)) (5567)]

(Lemah)
Daripada Mu‘az bin Jabal RA telah berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW tentang al-ihtikar (menimbun barang): “Apakah maksudnya?” Baginda bersabda: “Apabila penjual mendengar tentang harga yang murah, ia menyakitkannya. Dan apabila dia mendengar harga barang naik, maka dia gembira dengannya. Seburuk-buruk hamba adalah mereka yang melakukan ihtikar. Sekiranya Allah SWT menjadikan harga barangan murah, dia akan bersedih. Dan sekiranya Allah SWT meninggikan harga barang, maka dia akan bergembira.”
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5567]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.