Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا سمع بِرُخْصٍ؛ ساءه، وإذا سمع بغلاءٍ؛ فرح به، بئسَ العبدُ المحتَكِرُ، إنْ أَرْخَصَ اللهًُ الأسعارَ؛ حَزِنَ، وإنْ أغلاها الله فَرِحَ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila penjual mendengar tentang harga yang murah, ia menyakitkannya. Dan apabila dia mendengar harga barang naik, maka dia gembira dengannya. Seburuk-buruk hamba adalah mereka yang melakukan ihtikar. Sekiranya Allah SWT menjadikan harga barangan murah, dia akan bersedih. Dan sekiranya Allah SWT meninggikan harga barang, maka dia akan bergembira.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 110, hadis no. 566. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن معاذ بن جبل - رضي الله عنه -، قال: سألت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - عن الاحتكار: ما هو؟ قال: إذا سمع بِرُخْصٍ؛ ساءه، وإذا سمع بغلاءٍ؛ فرح به، بئس العبد المحتكر، إن أرخص الله الأسعار؛ حزن، وإن أغلاها الله فرح. [طب، ((الضعيفة)) (5567)]
(Daif) Daripada Mu‘az bin Jabal RA telah berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW tentang al-ihtikar (menimbun barang): "Apakah maksudnya?” Baginda bersabda: “Apabila penjual mendengar tentang harga yang murah, ia menyakitkannya. Dan apabila dia mendengar harga barang naik, maka dia gembira dengannya. Seburuk-buruk hamba adalah mereka yang melakukan ihtikar. Sekiranya Allah SWT menjadikan harga barangan murah, dia akan bersedih. Dan sekiranya Allah SWT meninggikan harga barang, maka dia akan bergembira.” [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5567]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman