TEKS BAHASA ARAB
سئل الحسن: أيغسل الشهداء؟ قال: نعم، قال: وقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((لقد رأيت الملائكة تغسل حمزة)).
TEKS BAHASA MALAYSIA
Al-Hasan telah ditanya: "Adakah para syuhada perlu dimandikan (jenazahnya)?" Dia menjawab: "Ya." Lalu dia menyambung jawapannya: Rasulullah SAW bersabda: "Aku telah melihat malaikat memandikan (jenazah) Hamzah."
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1805, hadis nombor 9101. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أشعث، قال: سئل الحسن: أيغسل الشهداء؟ قال: نعم، قال: وقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((لقد رأيت الملائكة تغسل حمزة)). [ابن سعد، ((الضعيفة)) (1993)]
(Lemah) Daripada Asy’ath berkata: al-Hasan telah ditanya: "Adakah para syuhada perlu dimandikan (jenazahnya)?" Dia menjawab: "Ya." Lalu dia menyambung jawapannya: Rasulullah SAW bersabda: "Aku telah melihat malaikat memandikan (jenazah) Hamzah." [Riwayat Ibn Sa’d. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1993]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.