Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سئل الحسن: أيغسل الشهداء؟ قال: نعم، قال: وقال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((لقد رأيت الملائكة تغسل حمزة)).
Teks Bahasa Melayu
Al-Hasan telah ditanya: "Adakah para syuhada perlu dimandikan (jenazahnya)?" Dia menjawab: "Ya." Lalu dia menyambung jawapannya: Rasulullah SAW bersabda: "Aku telah melihat malaikat memandikan (jenazah) Hamzah."
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1805, hadis no. 9101. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أشعث، قال: سئل الحسن: أيغسل الشهداء؟ قال: نعم، قال: وقال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((لقد رأيت الملائكة تغسل حمزة)). [ابن سعد، ((الضعيفة)) (1993)]
(Lemah) Daripada Asy’ath berkata: al-Hasan telah ditanya: "Adakah para syuhada perlu dimandikan (jenazahnya)?" Dia menjawab: "Ya." Lalu dia menyambung jawapannya: Rasulullah SAW bersabda: "Aku telah melihat malaikat memandikan (jenazah) Hamzah." [Riwayat Ibn Sa’d. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1993]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman