TEKS BAHASA ARAB
الحسن والحسين سيدا شباب أهل الجنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
al-Hasan dan al-Husain adalah penghulu bagi pemuda ahli syurga.
STATUS
Terdapat riwayat sokongan
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 98. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
فِي الْمَقَاصِد «الْحسن وَالْحُسَيْن سيدا شباب أهل الْجنَّة» حسنه التِّرْمِذِيّ وَصَححهُ وَالْمُتَّهَم فِيهِ متابع وَله شَاهده صَححهُ الْحَاكِم.
Dalam kitab al-Maqasid menyebut:
‘‘al-Hasan dan al-Husain adalah penghulu bagi pemuda ahli syurga.” al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hadith yang hasan dan sahih. Dalam sanad hadith ini terdapat perawi yang dituduh berdusta. Namun ia mempunyai mutabi’ dan syahid yang dinilai sahih oleh al-Hakim.
RUJUKAN
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.