Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Al-Hasan dan al-Husain adalah dua anting-anting Arasy

Teks Bahasa Arab

الحسنُ والحُسَيْنُ شِنفا العرشِ، ولَيسا بمعلَّقينِ.

Teks Bahasa Melayu

Al-Hasan dan al-Husain adalah dua anting-anting Arasy dan mereka bukan yang digantung (di situ).

Sahabat Perawi

  1. ‘Uqbah Bin ‘Amir al-Juhani RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1907, hadis no. 9580. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عقبة بن عامر الجهني رضي الله عنه ، قال: قال رسول الله ﷺ: الحسن والحسين شنفا العرش، وليسا بمعلقين. [طس، ((الضعيفة)) (5891)]

(Palsu) Daripada ‘Uqbah Bin ‘Amir al-Juhani RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: al-Hasan dan al-Husain adalah dua anting-anting Arasy dan mereka bukan yang digantung (di situ). [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. LIhat Silsilah al-Da’ifah, no. 5891]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.