Al-Hasan al-Basri memakai kain (al-Khirqah) daripada Ali RA

TEKS BAHASA ARAB

أن الحسن البصري لبس الخرقة من علي رضي الله عنه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Al-Hasan al-Basri memakai kain (al-Khirqah) daripada Ali RA.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 268, hadis nombor 474. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وقال جماعة من العلماء: وما يذكره بعضهم من أن الحسن البصري لبس الخرقة من علي رضي الله عنه. باطل. مع أن الحسن لم يسمع من علي. ولم يرد في خبر ضعيف أنه صلى الله عليه وسلم لبس الخرقة على الصورة المتعارفة بين الصوفية، ولا أمر أحدا منهم بفعلها. وكل ما يروى في ذلك صريحا باطل. ذكر ذلك أئمة المتأخرين من المحدثين. نعم: لبسها وألبسها جمع منهم تشبها بالقوم وتبركا بطريقتهم, إذ ورد لبسهم لها مع الصحة المتصلة إلى كميل بن زياد، وهو صحب عليا رضي الله عنه اتفاقا. وفي بعض الطرق اتصالها بأويس القرني، وهو قد اجتمع بعمر وعلي رضي الله عنهما.

Dan kata sekumpulan dari ulama: Dan apa yang sebahagian daripada mereka sebutkan bahawa al-Hasan al-Basri memakai kain (al-Khirqah) daripada Ali RA. Batil, tambahan pula, al-Hasan tidak mendengar daripada Ali. Dan tidak warid dalam riwayat yang lemah pun bahawa Nabi SAW memakai kain (al-Khirqah) mengikut bentuk terkenal di antara orang-orang sufi dan baginda tidak memerintahkan seorang pun dari mereka untuk memakainya dan semua yang diriwayatkan tentang perkara tersebut secara jelas batil. Para imam dari kalangan ulama hadis kontemporari telah menyebutkan perkara tersebut. Betul, sebahagian daripada mereka memakainya dan memakaikannya kepada orang supaya menyerupai dengan orang-orang sufi tersebut dan supaya mendapat keberkatan dengan cara mereka disebabkan telah warid pemakaian mereka dengan sah bersambung kepada Kumayl bin Ziyad. Dan dia mendampingi Ali RA seperti yang disepakati ulama. Dan pada sebahagian jalur bersambung kepada Uways al-Qarni dan dia pernah bertemu Umar dan Ali RA.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs