Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَنَّ الْحَسَنَ الْبَصْرِيَّ لَبِسَ الْخِرْقَةَ مِنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ.
Teks Bahasa Melayu
Al-Hasan al-Basri memakai kain (al-Khirqah) daripada Ali RA.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 268, hadis no. 474. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dan kata sekumpulan dari ulama: Dan apa yang sebahagian daripada mereka sebutkan bahawa al-Hasan al-Basri memakai kain (al-Khirqah) daripada Ali RA. Batil, tambahan pula, al-Hasan tidak mendengar daripada Ali. Dan tidak warid dalam riwayat yang lemah pun bahawa Nabi SAW memakai kain (al-Khirqah) mengikut bentuk terkenal di antara orang-orang sufi dan baginda tidak memerintahkan seorang pun dari mereka untuk memakainya dan semua yang diriwayatkan tentang perkara tersebut secara jelas batil. Para imam dari kalangan ulama hadis kontemporari telah menyebutkan perkara tersebut. Betul, sebahagian daripada mereka memakainya dan memakaikannya kepada orang supaya menyerupai dengan orang-orang sufi tersebut dan supaya mendapat keberkatan dengan cara mereka disebabkan telah warid pemakaian mereka dengan sah bersambung kepada Kumayl bin Ziyad. Dan dia mendampingi Ali RA seperti yang disepakati ulama. Dan pada sebahagian jalur bersambung kepada Uways al-Qarni dan dia pernah bertemu Umar dan Ali RA.
Rujukan
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
Makluman