Al-Hakam bin Abu al-‘As pernah duduk di sisi Nabi SAW

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان الحكم بن أبي العاصِ يجلس عند النبي ﷺ، فإذا تكلم النبي ﷺ؛ اختلج بوجهِه، فبصر به النبي ﷺ فقال: أنت (وفي لفظ: كن) كذلك، فما زال يختلج حتى مات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Al-Hakam bin Abu al-‘As pernah duduk di sisi Nabi SAW. Apabila Nabi SAW berbicara, dia memekkan wajahnya. Lantas Nabi SAW melihatnya dan bersabda: Jadilah kamu seperti sedemikian. Wajahnya tetap begitu sehingga beliau meninggal dunia.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1924 hadis nombor 9657. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن عبد الرحمن ابن أبي بكر الصديق قال: كان الحكم بن أبي العاصِ يجلس عند النبي ﷺ، فإذا تكلم النبي ﷺ؛ اختلج بوجهِه، فبصر به النبي ﷺ فقال: أنت (وفي لفظ: كن) كذلك، فما زال يختلج حتى مات.
[ك، البيهقي في ((دلائل النبوة))، طب، أبو نعيم في ((المعرفة))، ((الضعيفة)) (6473)]

(Munkar)
Daripada Abdul al-Rahman bin Abu Bakar al-Siddiq RA, beliau berkata: Al-Hakam bin Abu al-‘As pernah duduk di sisi Nabi SAW. Apabila Nabi SAW berbicara, dia memekkan wajahnya. Lantas Nabi SAW melihatnya dan bersabda: Jadilah kamu seperti sedemikian. Wajahnya tetap begitu sehingga beliau meninggal dunia.
[Riwayat Mustadrak al-Hakim, al-Baihaqi dalam Dalail al-Nubuwwah, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, Abu Nu’aym dalam al-Maarifa. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6473]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.