al-Hakam bin Abu al-‘As pernah duduk di samping Nabi SAW

TEKS BAHASA ARAB

كان الحكم بن أبي العاص يجلس عند النبي صلى الله عليه وسلم، فإذا تكلم النبي صلى الله عليه وسلم اختلج بوجهه فبصر به النبي صلى الله عليه وسلم فقال: أنت وفي لفظ: كن كذلك فما يزال يختلج حتى مات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

al-Hakam bin Abu al-‘As pernah duduk di samping Nabi SAW. Setiap kali Nabi SAW bertutur, dia akan mememek-memekkan mukanya. Nabi SAW perasan akan hal tersebut, lalu bersabda: Kau akan jadi seperti itu. Sejak itu wajahnya asyik dimemek-memekkan sehingga dia meninggal dunia.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1082, hadis nombor 5509. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الرحمن بن أبي بكر الصديق رضي الله عنهما قال: كَانَ الْحَكَمُ بن أَبِي الْعَاصِ يَجْلِسُ عِنْدَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا تَكَلَّمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اخْتَلَجَ بوجهه فَبَصُرَ بِهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: أَنْتَ وفي لفظ: كن كَذَلكَ فَمَا يَزَالُ يَخْتَلِجُ حَتَّى مَاتَ. [ك، البيهقي في دلائل النبوة، طب، أبو نعيم في المعرفة، الضعيفة (6473)]

(Munkar) Daripada ‘Abd al-Rahman bin Abu Bakr al-Siddiq RA, beliau berkata: al-Hakam bin Abu al-‘As pernah duduk di samping Nabi SAW. Setiap kali Nabi SAW bertutur, dia akan mememek-memekkan mukanya. Nabi SAW perasan akan hal tersebut, lalu bersabda: Kau akan jadi seperti itu. Sejak itu wajahnya asyik dimemek-memekkan sehingga dia meninggal dunia. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam Dala’il al-Nubuwwah, al-Tabarani dalam al-Kabir dan Abu Nu‘aim dalam al-Ma‘rifah. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 6473]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs