Tidak Ditemui

30/06/2024

minit bacaan



al-Hajun dan al-Baqi keduanya diambil pada penjuru-penjurunya dan disebarkan ke dalam Syurga

Teks Bahasa Arab

حديث: الحجون والبقيع يؤخذان بأطرافهما وينشران في الجنة وهما مقبرة مكة والمدينة

Teks Bahasa Melayu

Hadith: al-Hajun dan al-Baqi keduanya diambil pada penjuru-penjurunya dan disebarkan (penghuni-penghuninya) ke dalam Syurga yang mana keduanya adalah perkuburan di Mekah dan Madinah.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Tidak Ditemui

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 113, hadis no. 29. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذكره صاحب الكشاف وبيض له صاحب التخريج.

Penulis kitab al-Kasyaf menyebutkan hadith ini dan ulama yang mentakhrij hadith tersebut tidak menemui sumber hadith tersebut.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.