Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الفلقُ: جُبٌّ في جهنمَ مُغطَّى.
Teks Bahasa Melayu
Al-Falaq adalah satu sumur (perigi) yang ditutupi dalam neraka jahanam.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1336, hadis no. 6826. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: الفلق: جب في جهنم مغطى. [ابن جرير، ((الضعيفة)) (4029)]
(Munkar) Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Al-Falaq adalah satu sumur (perigi) yang ditutupi dalam neraka jahanam. [Riwayat Ibn Jarir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4029]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman